Alih suara di Malaysia Alih_suara

Ahli suara di Malaysia tidak terlalu terkenal kerana majoriti penonton lebih gemar menonton versi asalnya, terutamanya jika diimport dari negara berbahasa Inggeris. Namun begitu, terdapat banyak bahan yang dialih suarakan dalam bahasa Inggeris seperti kartun dari jepun iaitu Anime dan Telenovela dari Filipina. Selain itu, penonton lebih cenderung untuk membaca sari kata berbanding versi bahasa tempatan kerana ingin belajar bahasa luar atau tidak biasa dengan bahasa baku tempatan yang dialih suarakan.

Di Malaysia, alih suara kerap berlaku dalam siaran Disney Channel, Disney XD, Cartoon Network, Nickelodeon, Astro Ceria, TV3, TV7 dan TV9. Kini, terdapat 4 bahasa yang disediakan bagi siaran Disney Channel, Cartoon Network dan Nickelodean iaitu Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil. Terdapat juga bahasa tambahan jika penonton ingin audio asal seperti bahasa Jepun yang dapat dikaitkan dengan filem My Neighbor Totoro dan Spirited Away. Pada bahagian rancangan "live action" atau kehidupan langsung pula, ia berlaku di saluran televisyen seperti FOX, FOX Movies Premium, HBO, AXN, Discovery Channel, dan Nat Geo Wild sebagai alternatif bagi mereka yang tidak boleh membaca sari kata (kecuali FOX dan Nat Geo Wild, alih suara digunakan sepenuhnya tanpa pilihan sari kata). Animasi Jepun iaitu Anime juga dialih suarakan di saluran Animax versi bahasa Melayu dan Inggeris tetapi tidak semua siri animasi yang dialih suarakan dan hanya membekalkan sari kata dwipilihan. Akhir sekali, alih suara bagi drama. Alih suara drama terbahagi kepada drama Parsi, Filipino dan Korea. Dahulu, Pangako Sayo iaitu drama dari filipina pernah ditayangkan versi bahasa Melayu disiaran Astro Maya dan beberapa siri drama filipina yang lain. Astro Prima pula menayangkan siri episod dari Parsi dan Turki yang menceritakan tentang empayar dan kerajaan yang ditakhluk oleh Raja dan Maharani yang dialih bahasakan dalam bahasa Melayu. Akhir sekali, terdapat filem dan juga drama korea yang dialih bahasakan kepada bahasa Melayu dan mandarin tempatan. Antara siarannya adalah Oh!K HD, Song One HD dan KBS World HD. Terdapat juga beberapa siaran dalam Malaysia yang dialih suarakan tetapi kurang popular. Kebanyakkan animasi Disney Channel, Cartoon Network dan Nickelodean menyanyikan lagu tema dan setiap lagu dalam animasi.

Dari segi sejarah, alih suara mula diceburi Malaysia sejak tahun 1930an iaitu filem Snow White dimana rekod audio telah hilang dan tidak dijumpai. Akan tetapi, filem Tarzan(1999 film) memperkenalkan dunia alih suara kepada Malaysia dan diikuti filem seperti Frozen serta beberapa filem disney yang dialih suarakan versi bahasa Melayu. Pada tahun 2019, Malaysia mengambil peluang untuk alih suara Aladdin versi bahasa Melayu yang dilakonkan oleh Shila Amzah dan Nabil Zamanhuri serta beberapa pengalih suara yang lain.

Terdapat beberapa studio alih suara yang merakamkan audio dari siaran astro, disney dan animasi seperti SDI Media Malaysia, Dubbers Inc Malaysia, i-Yuno Malaysia dan Dermaga Seni.

Di Malaysia juga, masyarakat gemar membuat "dubbing" yang menjadikan video kelakar kerana terjemahan yang berbeza dan menghasilkan gelak tawa. Ia sangat popular di Youtube dan Instagram.